Saturday, July 26, 2008

sebab-sebab permainan tradisional perlu dilestarikan dan relevannya.

Permainan tradisional ini harus dilestarikan supaya ia tidak akan dilupakan pada masa hadapan. Supaya, ada permanan tradisional yang dapat melambangkan bangsa melayu itu sendiri. Jika ia tidak dilestarikan, dan dibiarkan pupus begitu sahaja, generasi muda akan datang tidak akan mengetahuinya. Generasi muda akan datang akan mula tidak mengenali bangsa melayu itu sendiri kerana sudah tiada lambang.

Ia relevan kerana ia dapat menunjuk kepada generasi muda bagaimana memainkan permainan tradisional itu. Supaya generasi muda akan mengenali permainan-permainan yang dimainkan generasi tua dahulu. Ia juga dapat merapatkan gap generasi antara yang tua dan yang muda.

Tuesday, July 15, 2008

Pandangan Orang Tentang Permainan Congkak

>Hafiz (Saya)

Pada pandangan saya , congkak adalah permainan yang sungguh menarikkan . Walaupun permainan ini boleh dimain oleh dua orang sahaja , ia juga menyeronakkan . Kalau dimain terlalu lama ia juga membosankan dan kalau seseorang bermain tipu ia akan membosankan juga .

>Haiqal

Pada pandangan saya permainan congkak amat membosankan kerana selalunya dimain oleh kaum hawa . Permainan ini boleh dimain oleh dua orang sahaja pada masa yang sama . Malahan , permainan seperti sepak takraw dan chapteh lebih menarik kerana ia boleh dimain lebih daripada dua orang . Ini akan lebih meriakan suasana permainan .

>Alif

Pada pandangan saya , permainan congkak adalah permainan yang saya gemari hingga saya mempunyai sebuah congkak di rumah saya . Walaupun permainan congkak hanya boleh dimain oleh dua orang sahaja , ia sungguh menarikkan . Permainan congkak ini menarik dimain seketika sahaja tetapi kalau dimain untuk beberapa jam , ia akan membosankan .

Wednesday, July 9, 2008

Bahan -Bahan Dan Alat-Alat Yang Diperlukan Untuk Permainan Congkak

1) Bahan yang paling penting untuk permainan congkak adalah , sebuah papan congkak yang diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' .
2) Bahan kedua adalah guli . Kami harus menggunakan guli untuk gerakkan guli itu dari kanan ke kiri papan congkak itu .

Ini adalah dua alat yang diperlukan untuk bermain permainan congkak ini .

Cara-Cara Permainan Congkak Dimainkan

1) Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2) Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3) Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4) Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5) Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Ini adalah cara bermain congkak . Caranya agak senang diikut dan tidak ada masalah untuk orang mempelajarinya .

Asal Usul Serta Sejarah Permainan Tradisional Congkak

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Terdapat juga permainan congkak dalam talian.

Saya tidak tahu berapa lama permainan congkak dimain oleh orang lain . Saya baru tahu tentang ini selepas melalui lalaman wikipedia .