Saturday, August 9, 2008

Cara-Cara Menjadi Pengguna Internet Yang Bertanggungjawab

Pada zaman sekarang , terdapat ramai remaja yang salah menggunakan lelaman Internet . Mereka melawat lelaman yang tidak senonoh melalui dari kawan mereka . Ibubapa harus tahu siapakah kawan mereka dan apa yang mereka selalu buat di dalam dan luar sekolah .
Lelaman Internat seperti 'Friendster' dan 'MSN' adalah contoh lelaman yang boleh membawa bahaya kepada seseorang itu . Lelaman ini membenarkan seseorang itu untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali . Kalau mereka sambung berbual dengan orang itu dan jumpa dengannya , ia boleh membawa masalah yang besar seperti kes culik dan rogol .
Lelaman Internet seperti 'y8' dan 'Dragongamez' adalah contoh lelaman yang boleh membuat remaja itu ketagih kepada permainan itu dan membuatnya hilang fokus dalam pelajarannya .
Untuk menjadi pengguna Internet yang bertanggungjawab , terdapat banyak cara yang boleh dibuat oleh ibu dan bapa . Cara yang Pertama adalah , memberi anak menggunakan komputer kalau mereka berada di rumah supaya mereka boleh mengawal apa yang anak mereka sedang lalukan di komputer itu .
Cara kedua adalah , ibubapa harus memberiathu anak mereka supaya berhati-hati apabila menggunakan Internet kerana ada lelaman yang boleh mengakibatkan komputer mereka mendapat virus . Kalau anak mereka menghadapi masalah dengan komputer itu , mereka harus memberitahu masalah itu kepada mereka . Ini adalah sifat orang yang bertanggungjawab menggunakan Internet dan komputer . Jadi , ibubapa harus mengetahui tujuan anak mereka menggunakan komputer itu .
Cara ketiga adalah , untuk memasang 'Childraen Safety Programme' did dalam komputer itu . Senarai atur cara itu boleh melindungi dan melarang anak mereka daripada melawat lelaman Internet yang tidak senonoh dan sihat . Remaja sekarang sering menonton video dan gambar yang tidak senonoh dari Internet untuk rasa gembira kepada diri sendiri . Jadi , ibubapa harus pasang senarai atur cara ini supaya anak mereka tidak ketagih pada barang kotor ini .
Sepatutnya , Internet digunakan untuk mencari informasi tentang apa yang kami kurang memahami dan mencari jawapan kepada kami . Kami pun boleh menggunakan 'Blog' dan 'Hotmail' untuk mendapat dan menghantar kerja sekolah kami kepeda guru dan rakan-rakan kami . Kami pun boleh menggunakan Internet untuk membaca berita yang terbaru di dalam dan luar negeri melalui lelaman 'Berita Harian' dan 'The Straits Time' . Ini adalah cara-cara menjadi seorang pengguna Internet yang bertanggungjawab .

2 comments:

bb2008 said...

say bersetuju dengan awak hafiz dan blog awak ada semua points yang kita memberitahu awak.

bb2008-siti said...

wah!! baik pe? berapa perkataan?